Pages

~Aku Suka Dia~



Aku lihat dia disana
Aku ingin mendekatinya
Aku cuba menghampirinya
Lalu aku menyapa dia

Dia pun membuka bicara
Dan aku mulai mengenalnya
Kita mulai bermain mata
Mula timbul rasa bahagia

Bila dia, mendekati diriku
Hatiku rasa sesuatu
Bila dia, senyum pada diriku
Hatiku rasa tak menentu

Kekadang hati ku bertanya
Adakah dia dah berpunya
Kerana diriku berasa
Aku jatuh hati padanya

Aku ingin memilikinya
Aku ingin menjaga dia
Aku ingin mencinta dia
Aku ingin hidup dengannya

Bila dia, mendekati diriku
Hatiku rasa sesuatu
Bila dia, senyum pada diriku
Hatiku rasa tak menentu

Mungkinkah aku, kan berjumpa dengannya
Untuk meluahkan rasa
Mungkinkah aku, kan berdiam diri saja
Menunggu cinta darinya

Ku terima satu nota darimu
Yang tertulis ‘Aku suka kamu’

Bila dia, mendekati diriku
Hatiku rasa sesuatu
Bila dia, senyum pada diriku
Hatiku rasa tak menentu

Akhirnya kini ku kan mampu ceria
Diriku sangat gembira
Akhirnya kini, aku mulai bahagia
Menerima cinta darinya


Aku Cinta Dia



Tuhan,kutitipkan doa tulus dari lubuk hatiku ini buat dia yang kusayang...
Tuhan,Limpahkan selalu dalam hatinya untuk merindui dan mencintaiMu sebagaimana
aku yang dirinduinya..

Tuntunlah selalu dia kejalan yang Benar dan diredhaiMu sebagaimana 
aku yang selalu dilindunginya...

Siramilah dia selalu dengan cahaya kasihMu sebagaimana
dia selalu melimpahkan sayangnya buatku...

Tuhan...jangan kau biarkan setitis pon airmata jatuh kepipinya kerana
itu sebahagian semangatku ada dalam dirinya....

Cinta Platonik



Selamat malam readers...selamat berpuasa juga buat readers yg beragama islam...malam ni tiba-tiba pula rasa nak tulis entry pasal "CINTA PLATONIK"...mungkin sebab aku sendiri pernah lalui dan merasai cinta platonik. Mungkin ada yang tidak tahu apa itu Cinta Platonik kan..
Bagi pandangan peribadi aku,cinta platonik ni satu cinta yang unik yang ada keburukan dan juga kebaikan.Terpulang individu itu sendiri untuk menilai. Bagi aku tak salah Cinta Platonik ni jika kita pandai menjaga batas pergaulan dan pasangan masing-masing faham akan situasi..

Sekadar Hiasan

Ha,korang mesti pernah tengok kan gambar atas ni..Filem HACKS adalah salah 1 filem yang mengisahkan tentang CInta Platonik..

Sekadar Hiasan

Cinta Platonik adalah satu hubungan yang berlainan jantina yang mempunyai perasaan kasih sayang sesama mereka,tetapi tidak mempunyai tarikan seksual untuk bercinta atau lebih. Memang nampk rapat dan macam bercinta kan,tapi sebenarnya hanya lah kawan.. Tapi kadang-kadang Cinta Platonik akan buatkan hubungan dengan pasangan kita akan jadi retak...So,hati-hati dalam menjalinkan hubungan Cinta Platonik..


Ramadhan Datang Lagi...


Assalamualaikum...
Syukur Alhamdulillah kerana masih lagi diberi peluang untuk bertemu dengan Ramadan Al-Mubarak pada tahun ini..Macam tahun-tahun sebelum ni,bila tiba ja Ramadan perkara paling best yang aku suka  mesti la pergi solat terawih...Ha,Korang jangan plak x pergi terawih taw,hehhe..



Sempena kedatangan bulan yang mulia ni,aku ingin memohon kemaafan kepada semua yang mengenali diriku ini andai aku banyak melakukan kesilapan pada korang...aku juga nk ucapkan selamat berpuasa pada semua yang mengenali dan seluruh umat islam. Semoga ibadah kita diterima oleh Allah s.w.t Amin....Posa jangan Tak Posa..!!

The Winner of MasterChef Selebriti Malaysia...



Assalamualaikum,selamat malam semua...
hye,lama btol xupdate Blog ni sejak start Semester ni.Maklum la dah Final Year,sibuk dengan Final project bagai...Tapi malam ni ada Hot News sebab tuh aku pulun dok mengupdate jugak Blog ni,hiihihi...Nak tahu Story apa,oke..story pasal MasterChef Selebriri Malaysia..malam ni dh Final..kalau dh Final tentu la ada pemenangnya kn...

Ha..korang kenal gambar saper kat atas tuh..? itu la pemenang MasterChef Selebriti Malaysia yang Pertama..
Dato' Fazley...Perghhh,meletup...memang pandai memasak rupanya Dato' Fazley ni..serba boleh,untung la isteri dia kan..hiihih.DAto' Fazley berjaya sumbangkan sebanyak RM57,500 kepada Yayasan Jantung Malaysia...Syabas Dato' Fazley..!!



~Nisfu Syaaban~









FADHILAT BULAN SYAABAN
Di antara amalan-amalan yang digalakkan pada bulan Syaaban adalah :
Memperbanyakkan puasa sunat
Sebagaimana yang telah dijelaskan terdahulu bahawa Rasulullah S.A.W lebih gemar untuk berpuasa sunat dalam bulan Syaaban berbanding dengan bulan-bulan yang lain. Justeru itu adalah patut bagi kita selaku umat Baginda mencontohinya dalam memperbanyakkan puasa sunat bagi menyemarak dan mengagungkan bulan Syaaban ini. Begitulah tingginya pekerti Nabi Muhammad nabi junjungan kita.
Di dalam kitab Durratun Nasihin ada menyebut sebuah hadis yang menyatakan bahawa Rasulullah S.A.W. bersabda yang maksudnya: "Barangsiapa berpuasa tiga hari pada permulaan Syaaban dan tiga hari pada pertengahan Syaaban dan tiga hari pada akhir Syaaban, maka Allah Taala mencatat untuknya pahala seperti pahala tujuh puluh nabi dan seperti orang-orang yang beribadat kepada Allah Taala selama tujuh puluh tahun dan apabila dia mati pada tahun itu maka dia seperti orang yang mati syahid."
Memperbanyak doa, zikir dan berselawat kepada Rasulullah S.A.W.
Kita sebagai umat Islam juga digalakkan untuk memperbanyak doa, zikir, dan berselawat kepada Rasulullah S.A.W. Sabda Rasulullah S.A.W.: "Barangsiapa yang mengagungkan bulan Syaaban, bertaqwa kepada Allah, taat kepada-Nya serta menahan diri dari perbuatan maksiat, maka Allah Taala mengampuni semua dosanya dan menyelamatkannya di dalam tahun itu dari segala macam bencana dan penyakit." (Dipetik dari kitab Zubdatul Wa'izhin)
Bertaubat
Kita juga digalakkan untuk melalukan taubat kepada Allah SWT. Diriwayatkan dari Umamah Al Bahili Radiallahuanhu, dia berkata: Rasulullah S.A.W. bersabda yang maksudnya: "Manakala masuk bulan Syaaban, sukacitalah dirimu dan perbaiki niatmu." Sabda Nabi s.a.w. : Apabila masuk bulan Syaaban, baikkanlah niatmu padanya, kerana kelebihan Syaaban atas segala bulan seperti kelebihanku atas kamu. Barangsiapa berpuasa sehari pada bulan Syaaban, diharamkan Allah tubuhnya dari api neraka. Dia akan menjadi tauladan Nabi Allah Yusuf a.s.di dalam syurga. Diberi pahala oleh Allah seperti pahala Nabi Allah Ayub a.s. dan Nabi Daud a.s. Jika dia sempurnakan puasanya sebulan di bulan Syaaban, dimudahkan Allah atasnya Sakaratulmaut dan ditolakkan (terlepas) daripadanya kegelapan di dalam kubur, dilepaskan daripada huru-hara Mungkar dan Nakir, ditutup Allah keaipannya di hari kiamat dan diwajibkan syurga baginya. Barangsiapa berpuasa pada awal hari khamis pada bulan Syaaban dan akhirKhamis daripada Syaaban, dimasukan dia ke dalam syurga. (dari kitab Al-Barakah). Berkata Siti Aisyah r.a., bulan yang lebih dikasihi oleh Rasululah s.a.w. ialah bulan Syaaban.
Sabda Nabi s.a.w.: Syaaban adalah bulanku dan Ramadhan adalah bulan umatku. Syaaban ialah mengkifaratkan (menghapuskan) dosa dan Ramadhan ialah menyucikan dosa (jasmani rohani). Sabda Nabi s.a.w.: “Bahawa puasa Syaba'an kerana membesarkan Ramadhan. Siapa yang berpuasa tiga hari daripada bulan Syaaban, kemudian dia bersalawat atasku beberapa kali sebelum berbuka puasa maka di ampunkan oleh Allah dosanya yang telah lalu, diberkatikan rezeki baginya” antara lain sabdanya lagi:“Bahawa Allah Ta'ala membukakan pada bulan itu tiga ratus pintu rahmat”.
~Sama-sama lah kita melakukan kebaikan dan meningkatkan amal ibadat kita sempena malam yang mulia ini..Semoga apa yang kita lakukan mendapat Rahmat dariNya,Amin...~


Hilangkan Sakit Kepala


Assalamualaikum...hye korang,malam ni aku nak bagi tips kt korang macam mana nak hilangkan sakit kepala.


Korang mesti selalu rasa sakit kepala bila xcukup tido,banyak fikir,terlalu banyak mengadap komputer dan sebagainya..Korang selalu makan bawang kan,korang pernah terfikir x yang bawang ni bukan saja boleh dimakan,tapi banyak lagi khasiat lain..Nak tahu,Jom tengok...

  • Korang sediakan seulas bawang putih
  • Hiris nipis dan lekapkan pada pelipis kanan dan kiri.
  • Biarkan bawang putih tadi kering dan tanggal dengan sendirinya.
p/s ~ Bawang putih mampu menyedut rasa bias dan mengurangkan sakit kepala..

~Selamat Mencuba~

Kulit Kusam


Hye..Korang buat apa malam-malam ni..Bosan?? xtahu nak buat apa,ok..apa kata korang baca entry ni dan cuba tips kecantikkan yang aku bagi kt korang..hiihih...


Pada korang yang terlalu sibuk bekerja dan xsempat nak ke salun apa kata korang try petua yang senang dan cepat disediakan.

  • Korang sediakan sepotong nenas, 5 sudu santan dan kapas muka.
  • Kisarkan nenas untuk dapatkan patinya.
  • Campurkan pati nenas tadi dengan santan dan kacau sebati. (Santan yg diperah,bukan santan segera)
  • Gunakan kapas muka untuk sapukan adunan tadi pada seluruh wajah dan biarkan selama 20minit
  • Setelah kering,barulah korang bilas dengan air hingga bersih.
  • Lakukan selalu untuk hasil yang ketara..
~Selamat Mencuba~

Jom Rawat Sunburn..


Selamat malam,hye korang...malam ni aku nak bagi tips untuk menghilangkan Sunburn..Petua sesuai untuk yang selalu berjemur atau yang selalu bekerja dibawah terik mentari...
Jom ikut Step kat bawah ni...Hope korang puas hati la yer lepas cuba petua ni..

Cara 1

  • Korang hanya perlu sediakan sebiji tomato dan dua sudu Butter.
  • Lenyekkan tomato tadi dan gaul dengan butter tadi sehingga sebati
  • Setelah itu,korang sapukan pada wajah atau pada bahagian kulit yang terbakar tadi
  • Akhir sekali,korang biarkan ia kering selama 30minit,kemudian boleh la bilas.
Cara

  • Hanya sediakan sebiji timun yang dah dihancurkan.
  • Kemudian sapukan timun hancur tadi pada kulit yang terbakar
p/s ~ Timun mempunyai enzim dan sifat menyegarkan dan ia membantu melegakan kulit yang terbakar akibat pancaran sinaran matahari yang kuat.

Mata Segar


Assalamualaikum...
Hye readers,hari ini aku nak bagi tips untuk hilangkan lingkaran hitam bawah mata..Pada korang yang selalu mengadap lappy macam aku ni,mesti mata korang dah jadi macam panda kan..hehhe,xpa,korang xpayah risau..korang try petua kat bawah ni ok...

Cara 1

  • Korang just sediakan 1 cawan air suam dan sehelai kain lembut yang kecil
  • Masukkan kain dalam air panas tadi,Angkat dan letakkan pada mata.Biarkan selama 15minit
  • Setelah itu,korang sapukan krim pelembap pada sekitar mata korang..
Cara 2

  • Potongkan sebiji kentang dengan hirisan nipis.
  • Kemudian letakkan potongan kentang itu pada kedua belah mata
  • Biarkan selama 15minit sebelum dibilas bersih 
~Selamat Mencuba~

Melebatkan Rambut


Hye...Ha,hari ini rajin plak aku nak buat tutorial & nak bagi tips kat korang...sebelum ni aku ada bagi tips untuk atasi rambut bercabang kan..so, hari ini aku nak bagi tips bagaimana cara untuk melebatkan rambut plak..Pada korang Yang selalu keguguran rambut,Boleh la try Petua ni ok...

Cara 1

  • Korang amik 10 helai daun bunga raya,bersihkan dan ramas hingga keluar lendir
  • Kemudian korang campurkan lendir daun tuh dengan sebiji telur ayam kampung & satu sudu madu
  • Gaul semua bahan tadi & sapukan pada seluruh rambut.Kemudian tutup kepala dalam tempoh 15minit sebelum dicuci.

Cara 2

  • Sediakan beberapa biji buah keras dan bunga cengkih.Sangai (Goreng tanpa minyak).
  • Tumbuk halus kedua bahan tadi dan campurkan dengan minyak kelapa.
  • Sapukan pada rambut hingga kulit kepala dan biarkan hingga kering senelum dibilas..

~Selamat Mencuba~



Atasi Rambut Bercabang


Hye readers...hari ini aku nak bagi tips kat korang tentang penjagaan rambut..


Korang mesti nak rambut korang sihat dan xbercabang  kan...
Jom ikut petua kat bawah ni...Tips ni korang boleh buat sendiri,xpayah nak pergi salon dan buang duit oke..

Cara 1
  • Korang hanya perlu sediakan beberapa helai daun pinang
  • Then korang campurkan daun pinang dengan sedikit air dan garam
  • Semua bahan tadi korang perlu ramaskan ok..
  • Then,korang sapukan bahan tadi pada rambut dan tunggu selama 30minit kemudian korang bilas dengan air...Senang kan....
~Selamat Mencuba~

Istimewa buatku..



Ponnn Ponnn...Tumpang Lalu jap yer,hihiihi..saja nk update blog ni...Just nak cerita kt korang pasal Kucing...Maklum la aku ni Pencinta Kucing..Dulu aku bela banyak Kucing,tapi sekarang Tinggal 2 ekor jer,yang lain ada yang kena curi,ada yang mati..urmm,Kesian kan...Kucing kesayangan aku sekor ni,nama dia Chot..memang tiap-tiap malam tido sekatil ngan aku..Last2 boleh lak hilang..Puas mencari akhirnya aku ketemu dengan Chot,tapi apa yang aku jumpa hanya lah bangkai yang tidak bernyawa dan bangkai yg hanya tinggal separuh badan,separuh lagi dah hancur dilanggar...Yang hairan,bangkai tuh aku jumpa jauh dari rumah,aku tahu Chot xkan berjalan sejauh tuh,sebab Chot jenis yang suka duk rumah,dia ni penakut ckit nak keluar..Aku syak ada orang yang cuba culik Chot dengan menaiki Motor,then Chot meronta-ronta untuk lepaskan diri dan jatuh kemudian dilanggar..Urmmm,sayu hati aku tengok bangkai Chot yang dulunya seekor yang sangat manja dan pandai...korang tengok la gambar Chot kat bawah ni,sungguh aku rindukan Chot..
Chot masa muda

Chot time nak tido atas katil

Seekor yg penyayang walaupon bkn anak dia
Ingat lagi time aku bancuh air jer,Chot mesti tunggu tepi aku sambil mengioww sebab dia ingat aku bancuh susu dia,hiihi..Sambil buat muka seposen "Meoww...Meoww..." Kesian plak tengok dia duk minta,Then aku pon bancuh la susu untuk dia..Tapi sekarang xder lagi bunyi suara manja dari seekor kucing yang aku sayang..

Pada korang kt luar tuh yang kurang  suka dengan haiwan yang manja ni,jangan lah korang seksa..kerana kucing juga makhluk Allah yang berhak hidup dimuka bumi ini,Sedangkan Nabi Muhammad S.A.W  juga memelihara kucing yang bernama Mueeza.Contohi Nabi Muhammad S.A.W yang sanggup memotong Jubah yang menjadi tempat kucing tersebut tido disebabkan tidak mahu menganggu kucing itu tido.Hukuman Bagi orang yang menyiksa kucing sangatlah berat seperti tersebut di dalam Hadis sahih Al Bukhori iaitu siksa neraka...Wallahualam...


Makan Angin Lagi..??




Peace yo...hye,selamat malam semua..malam ni terasa rajin plak nk update..Saja suka-suka nk share 
dengan Korang aktiviti time cuti kan..Bercuti Lagi..! Kali ini bercuti di Cameron Highland dan Pangkor...Waahhh,best sangat-sangat dapat bercuti di tempat yg sejuk,dapat plak petik buah strawbery segar dari Ladanag taw..hihiihi..oke,kt bawah ni aku share gambar-gambar aku & family aku dengan korang ok..
@Ladang Teh

@Apartment Tempat Penginapan

@Kaktus Farm
Selama 3 hari 2 malam di Cameron kami menginap di apartment yag telah disewa..yg bestnya Apartment tuh xder langsung kipas angin atau aircond,tapi macam duk dalam peti sejuk jer rasanya...Best kan..Lepas turun dari cameron,kami terus pergi ke Pangkor dan bermalam disana selama 2 hari..Best jgk,banyak tempat yg cantik yg kami meronda-ronda seperti Marina Island,Teluk Senangin,Teluk Batik,Pulau Pangkor..Xpercaya,Jom la tgk gambar-gambar kt bawah ni....

Azim@Teluk Senangin

Marina Island Diwaktu Pagi
Tuh la tempat-tempat yg aku sempat melawat,banyak lagi gambar tapi malas lak nak upload banyak-banyak,hehheh..Best sangat tempat ni,kalau Panjang Umur,InsyaAllah aku nak pergi lagi...Sapa yg dah kawen ada plan nak Honeymoon,Boleh la pilih Pangkor Island...Cehh,Siap Promote la plak...k La,dah penat la jari aku duk menaip..sambung nanti plak yer kawan-kawan..Tata..






~Kaki Wayang~


Hyee...Peace >.< HAHA...Ades...Bosan la,asyik TiDo,Tgk Tv jer..macam dah xder keje lain..Petang ni Rajin Plak Jari Kontot aku ni nak mengHapdate Blog ni...Tapi xtahu plak nak tulis apa..Hurmm...Cita pasal Movie la,ada sesiapa KakiMovie x kt cni..?Kaki jer taw,tanganMovie xder oke..Cerita pasal movie ni ada satu Story yg buat aku rasa nak marah pon ada,nak gelak pon ada...nak tahu pasal apa??kena la baca Entry ni sampai abis oke...


Ko Nampak apa kt atas tuh..?Ha...tu la Tiket Movie "Limited Edition" HAHAHa...Kau Ada?? Nak Dijadikan cerita,pada ari tuh aku & member aku sorg ni nak sangat tengok cerita Jalan Kembali Bohsia 2 ni..xkira apa pon jadi tetap nak tengok..Then,punya la nak kejar tiket pukul 2.15 bawak moto memang xingat punya Speed,hahhaha...Lastly smpai jugak kt Cinema dalam pukul2 cam tuh la...Ingtkan sempat la tgk,tp bila punya la ramai orang beratur nak beli Tiket,memang rasa kecewa la takut xsempat tengok..

To Be Continue....nak tahu,tunggu Entry Kaki Wayang 2 oke...Babai.

~BerTutti Frutti~



Hye,guys...nampak tak pic apa kt atas tuh?hiihihi...nampak sedap kan,perghhh...memang sedap bila dimakan time2 panas macam ni kn..Terasa masam buah-buahan ditambah dengan Yogurt plak kan memang mantap..!
Walaupon harga dia agak mahal,tapi rasa dia memang puas hati..Harga bergantung pada jenis dan kuantiti yg kita amik tuh..kalau xnak mahal jangan la amik banyak2..Benda ni makan sikit pon dh puas,xboleh makan banyak2 nanti rasa mual sebab Yogurt dia..


Di Sungai Petani,hanya terdapat 1 jer kedai Tutti Frutti ni..Tak tahu la kot nanti ada lg yg akan dibuka..yg sekarang terletak di Village Mall,Lagenda Height Sungai Petani..Sapa yg belum rasa lg,pergi la try..hiihi




~Cinta Pesbuk~




Kita berkenalan hanya dalam laman muka buku
Kau hantar pesan dan suruh aku terima kamu
Oooo…
Hati ku rasa sesuatu..

Dan pabila kau kata kau mahu jumpa aku
Ku gelisah berdebar hati rasa tak menentu
Oooo…
Benarkah rasa itu..

Bagaimana harus bersua
Ku rasa gementar tapi bahagia
Perlukah kita cari peluang pertama
Walaupun kita tak pernah berjumpa..

Banyak persoalan yang berada di minda
Banyak tanda tanya dan juga kata cinta
Otak kata jangan hati pula kata ya
Hidup tak menentu adakah ini cinta..

Banyak soalan banyak juga jawapannya
Kata hati dan rasa tak dibiar saja
Setiap yang berlaku ada kebaikannya
Harus pejam mata dan cuba apa saja..

Korang mesti pernah tgk ayat kt atas ni kan..? Ni la Lirik Lagu CintA MukA BuKu By Najwa Latif..Tapi aku bukan nak cerita tentang lagu ni atau cerita pasal penyanyi lagu ni..Tapi aku nak cerita tentang Aku Dan Sesuatu..hehhe..Bila Dengar ja lagu Cinta muka Buku ni,aku Teringat time mula2 aku kenal ngan MyLover aku...Kami Kenal Dilaman SoSial "PesBuk" hehhe...Sapa cakap Cinta laman sosial ni Penipu..So Far,Alhamdulillah Hubungan Aku dan Dia sangat2 bahagia sampai sekarang...x semua lelaki yang kita kenal dilaman sosial tu Buaya....heehhe..


Walau kau tiada di sini
Ku tetap ingat semua pesanmu
Ku hidup seolah-olah kau masih ada
Bisikan kata kepadaku

Bilakah kau akan utuskan surat buatku
Aku terus menunggu tibanya kata cintamu

Oh.. patah seribu hatiku
Bila mengenangkan segala yang kita bina bersama
Haruskah ku lupa kerna engkau telah pergi

Biar pergimu tanpa relamu
Namun hatiku tetap rasa
Kejamnya kau meninggalkanku dengan nota-nota
Cinta buat kita berdua bila kan ku bisa menerima ketiadaanmu
Kan ku bakar semua hapuskan semua kenangan

Patah seribu hatiku
Bila mengenangkan segala yang kita bina bersama
Haruskah ku lupa kerna engkau telah pergi

Sayangku mohon padamu
Segera tinggalkanku
Pergilah kau ke tempat yang kau tuju
Pasti ada hikmah buatmu dan juga buat diriku
Pergilah…


Tapi kadang2 hubungan kami pon ada masalah juga...hubungan mana yg sentiasa hepi jer kan..xbest la kalau xda gaduh2 manja ni kn..heheh..Bak kata Shila Amzah,kadang-kadang hati aku "Patah Seribu" juga macam lirik diatas ni...

Pernahkah engkau hargai cintaku yang sejati
Pernahkah engkau mengertikan diriku ini
Betapa hebatnya cintamu, memberiku sejuta pilu
Betapa agungnya asmaramu, membuatku terpaku

Disisimu ku terdiam seribu bahasa
Dihatiku bergetar sejuta rasa
Namun sukar untuk aku meluahka
 ku cinta padamu

Nafasku terhenti bila melihat dirimu
Terasa pantas degupan jantungku
Mungkinkah hatiku milikmu jua
Ku sayang padamu

Kan ku abadikan dikau
Sewaktu kenangan yang manis
Yang tak mungkin aku lupa
Untuk selamanya

Kanku coretkan kenanganmu
Dalam sanubariku ini
Agar jadi yang terindah
Di dalam hidupku ini


Tapi aku yakin yang "Hatiku Milikmu" macam kata Nera Af9 Kan..hehehhe..So,Xpayah la Sedih2 Kalau Bergaduh sikit2 tu kan...Yang Penting Aku dan Dia Saling Mencintai dan Menyayangi antara satu sama lain..Aku juga Berharap semoga Hubungan KAmi Kekal Selamanya..Bukan Setakat Jinjang Pelamin ja,tapi Sampai ke Syurga,InsyaAllah..




Impian??


Ha,korang nampak tajuk kt atas tuh..?entry kali ini aku nk cerita tentang impian..setiap org mesti ada impian sendiri kn..?ok,just nk share je la,apa yg aku impikan,walaupon tahu xkan tercapai,hahahha...
Haaa...korg kenal tempat ni??ni la Kota Cinta,Eiffel Tower Paris...wahhh,best kn kalau dapat jejak kaki kt sana...Hurmm,bila la agaknya nk dapat kn...hehheh,angan-angan je la...pasti ramai yang impikan nak ke sana kn...so,kalau korg nk tahu,menara ni dibina pada tahun 1889...perghhh,lama kan...tapi still kukuh lg...ini la impian aku...so,korg bagaimana??



~Family Day~


Tunggu Turn nak naik Cable Car
Hye...arini aku nak kongsi dengan korang semua percutian yang sangat menarik..Kali ini Jom Cuti ke Genting Highland plak ok...so,aku ada show kt korang gambar-gambar aku di Genting Highland...Asyik Makan Angin jer kan aku nih,hehheh...Ni la Family Aku kalau korang nak tahu,memang suka makan Angin...Tapi bukan makan asap taw,hihiih...ok,sebelum nak sampai ke Taman Tema Genting Highland,kami menaiki Cable Car..Memang Best,xla gayat sangat pon...
Suasana atas Cable Car

Sekitar di Genting


Anak Buahku@Amanina
Dah sampai di Taman Tema,sdah penat berjalan kami duduk la dulu sambil makan..gambar kt atas ni anak buah aku,Amanina khusyuk tol makan sambil tengok orang ramai,hiihi...kat bawah ni plak gambar kami di Snow World...tempat bermain Salji,kalau ada yg teringin nk ke 'OverSea' main salji tapi xberpeluang,ni la tempatnya...terasa macam betul-betul berada di 'OverSea' hehehe...

@Snow World



Flying Coaster

Ni salah Satu Game Outdoor yang aku Try naik walaupon pada mulanya agak takut jugak untuk try...tapi dh alang-alang sampai ke Genting,kena la try byk Game kn..kalau x memang rugi la...Game ni orang panggil 'Flying Coaster'.Tengok macam panjang jer kan Track dia,tapi bila dh naik ada la lebih kurang seminit jer dh turun..Hah..betapa lajunya kn,dlm masa seminit jer...Perghhh,lepas jer turun aku dh xleh nak jalan,sebab kaki aku dh jadi macam xder tulang..hahah...Korang dah Try..?? Ada Bran??