Pages

Ramadhan Datang Lagi...


Assalamualaikum...
Syukur Alhamdulillah kerana masih lagi diberi peluang untuk bertemu dengan Ramadan Al-Mubarak pada tahun ini..Macam tahun-tahun sebelum ni,bila tiba ja Ramadan perkara paling best yang aku suka  mesti la pergi solat terawih...Ha,Korang jangan plak x pergi terawih taw,hehhe..



Sempena kedatangan bulan yang mulia ni,aku ingin memohon kemaafan kepada semua yang mengenali diriku ini andai aku banyak melakukan kesilapan pada korang...aku juga nk ucapkan selamat berpuasa pada semua yang mengenali dan seluruh umat islam. Semoga ibadah kita diterima oleh Allah s.w.t Amin....Posa jangan Tak Posa..!!

The Winner of MasterChef Selebriti Malaysia...



Assalamualaikum,selamat malam semua...
hye,lama btol xupdate Blog ni sejak start Semester ni.Maklum la dah Final Year,sibuk dengan Final project bagai...Tapi malam ni ada Hot News sebab tuh aku pulun dok mengupdate jugak Blog ni,hiihihi...Nak tahu Story apa,oke..story pasal MasterChef Selebriri Malaysia..malam ni dh Final..kalau dh Final tentu la ada pemenangnya kn...

Ha..korang kenal gambar saper kat atas tuh..? itu la pemenang MasterChef Selebriti Malaysia yang Pertama..
Dato' Fazley...Perghhh,meletup...memang pandai memasak rupanya Dato' Fazley ni..serba boleh,untung la isteri dia kan..hiihih.DAto' Fazley berjaya sumbangkan sebanyak RM57,500 kepada Yayasan Jantung Malaysia...Syabas Dato' Fazley..!!



~Nisfu Syaaban~









FADHILAT BULAN SYAABAN
Di antara amalan-amalan yang digalakkan pada bulan Syaaban adalah :
Memperbanyakkan puasa sunat
Sebagaimana yang telah dijelaskan terdahulu bahawa Rasulullah S.A.W lebih gemar untuk berpuasa sunat dalam bulan Syaaban berbanding dengan bulan-bulan yang lain. Justeru itu adalah patut bagi kita selaku umat Baginda mencontohinya dalam memperbanyakkan puasa sunat bagi menyemarak dan mengagungkan bulan Syaaban ini. Begitulah tingginya pekerti Nabi Muhammad nabi junjungan kita.
Di dalam kitab Durratun Nasihin ada menyebut sebuah hadis yang menyatakan bahawa Rasulullah S.A.W. bersabda yang maksudnya: "Barangsiapa berpuasa tiga hari pada permulaan Syaaban dan tiga hari pada pertengahan Syaaban dan tiga hari pada akhir Syaaban, maka Allah Taala mencatat untuknya pahala seperti pahala tujuh puluh nabi dan seperti orang-orang yang beribadat kepada Allah Taala selama tujuh puluh tahun dan apabila dia mati pada tahun itu maka dia seperti orang yang mati syahid."
Memperbanyak doa, zikir dan berselawat kepada Rasulullah S.A.W.
Kita sebagai umat Islam juga digalakkan untuk memperbanyak doa, zikir, dan berselawat kepada Rasulullah S.A.W. Sabda Rasulullah S.A.W.: "Barangsiapa yang mengagungkan bulan Syaaban, bertaqwa kepada Allah, taat kepada-Nya serta menahan diri dari perbuatan maksiat, maka Allah Taala mengampuni semua dosanya dan menyelamatkannya di dalam tahun itu dari segala macam bencana dan penyakit." (Dipetik dari kitab Zubdatul Wa'izhin)
Bertaubat
Kita juga digalakkan untuk melalukan taubat kepada Allah SWT. Diriwayatkan dari Umamah Al Bahili Radiallahuanhu, dia berkata: Rasulullah S.A.W. bersabda yang maksudnya: "Manakala masuk bulan Syaaban, sukacitalah dirimu dan perbaiki niatmu." Sabda Nabi s.a.w. : Apabila masuk bulan Syaaban, baikkanlah niatmu padanya, kerana kelebihan Syaaban atas segala bulan seperti kelebihanku atas kamu. Barangsiapa berpuasa sehari pada bulan Syaaban, diharamkan Allah tubuhnya dari api neraka. Dia akan menjadi tauladan Nabi Allah Yusuf a.s.di dalam syurga. Diberi pahala oleh Allah seperti pahala Nabi Allah Ayub a.s. dan Nabi Daud a.s. Jika dia sempurnakan puasanya sebulan di bulan Syaaban, dimudahkan Allah atasnya Sakaratulmaut dan ditolakkan (terlepas) daripadanya kegelapan di dalam kubur, dilepaskan daripada huru-hara Mungkar dan Nakir, ditutup Allah keaipannya di hari kiamat dan diwajibkan syurga baginya. Barangsiapa berpuasa pada awal hari khamis pada bulan Syaaban dan akhirKhamis daripada Syaaban, dimasukan dia ke dalam syurga. (dari kitab Al-Barakah). Berkata Siti Aisyah r.a., bulan yang lebih dikasihi oleh Rasululah s.a.w. ialah bulan Syaaban.
Sabda Nabi s.a.w.: Syaaban adalah bulanku dan Ramadhan adalah bulan umatku. Syaaban ialah mengkifaratkan (menghapuskan) dosa dan Ramadhan ialah menyucikan dosa (jasmani rohani). Sabda Nabi s.a.w.: “Bahawa puasa Syaba'an kerana membesarkan Ramadhan. Siapa yang berpuasa tiga hari daripada bulan Syaaban, kemudian dia bersalawat atasku beberapa kali sebelum berbuka puasa maka di ampunkan oleh Allah dosanya yang telah lalu, diberkatikan rezeki baginya” antara lain sabdanya lagi:“Bahawa Allah Ta'ala membukakan pada bulan itu tiga ratus pintu rahmat”.
~Sama-sama lah kita melakukan kebaikan dan meningkatkan amal ibadat kita sempena malam yang mulia ini..Semoga apa yang kita lakukan mendapat Rahmat dariNya,Amin...~


Hilangkan Sakit Kepala


Assalamualaikum...hye korang,malam ni aku nak bagi tips kt korang macam mana nak hilangkan sakit kepala.


Korang mesti selalu rasa sakit kepala bila xcukup tido,banyak fikir,terlalu banyak mengadap komputer dan sebagainya..Korang selalu makan bawang kan,korang pernah terfikir x yang bawang ni bukan saja boleh dimakan,tapi banyak lagi khasiat lain..Nak tahu,Jom tengok...

  • Korang sediakan seulas bawang putih
  • Hiris nipis dan lekapkan pada pelipis kanan dan kiri.
  • Biarkan bawang putih tadi kering dan tanggal dengan sendirinya.
p/s ~ Bawang putih mampu menyedut rasa bias dan mengurangkan sakit kepala..

~Selamat Mencuba~

Kulit Kusam


Hye..Korang buat apa malam-malam ni..Bosan?? xtahu nak buat apa,ok..apa kata korang baca entry ni dan cuba tips kecantikkan yang aku bagi kt korang..hiihih...


Pada korang yang terlalu sibuk bekerja dan xsempat nak ke salun apa kata korang try petua yang senang dan cepat disediakan.

  • Korang sediakan sepotong nenas, 5 sudu santan dan kapas muka.
  • Kisarkan nenas untuk dapatkan patinya.
  • Campurkan pati nenas tadi dengan santan dan kacau sebati. (Santan yg diperah,bukan santan segera)
  • Gunakan kapas muka untuk sapukan adunan tadi pada seluruh wajah dan biarkan selama 20minit
  • Setelah kering,barulah korang bilas dengan air hingga bersih.
  • Lakukan selalu untuk hasil yang ketara..
~Selamat Mencuba~

Jom Rawat Sunburn..


Selamat malam,hye korang...malam ni aku nak bagi tips untuk menghilangkan Sunburn..Petua sesuai untuk yang selalu berjemur atau yang selalu bekerja dibawah terik mentari...
Jom ikut Step kat bawah ni...Hope korang puas hati la yer lepas cuba petua ni..

Cara 1

  • Korang hanya perlu sediakan sebiji tomato dan dua sudu Butter.
  • Lenyekkan tomato tadi dan gaul dengan butter tadi sehingga sebati
  • Setelah itu,korang sapukan pada wajah atau pada bahagian kulit yang terbakar tadi
  • Akhir sekali,korang biarkan ia kering selama 30minit,kemudian boleh la bilas.
Cara

  • Hanya sediakan sebiji timun yang dah dihancurkan.
  • Kemudian sapukan timun hancur tadi pada kulit yang terbakar
p/s ~ Timun mempunyai enzim dan sifat menyegarkan dan ia membantu melegakan kulit yang terbakar akibat pancaran sinaran matahari yang kuat.

Mata Segar


Assalamualaikum...
Hye readers,hari ini aku nak bagi tips untuk hilangkan lingkaran hitam bawah mata..Pada korang yang selalu mengadap lappy macam aku ni,mesti mata korang dah jadi macam panda kan..hehhe,xpa,korang xpayah risau..korang try petua kat bawah ni ok...

Cara 1

  • Korang just sediakan 1 cawan air suam dan sehelai kain lembut yang kecil
  • Masukkan kain dalam air panas tadi,Angkat dan letakkan pada mata.Biarkan selama 15minit
  • Setelah itu,korang sapukan krim pelembap pada sekitar mata korang..
Cara 2

  • Potongkan sebiji kentang dengan hirisan nipis.
  • Kemudian letakkan potongan kentang itu pada kedua belah mata
  • Biarkan selama 15minit sebelum dibilas bersih 
~Selamat Mencuba~

Melebatkan Rambut


Hye...Ha,hari ini rajin plak aku nak buat tutorial & nak bagi tips kat korang...sebelum ni aku ada bagi tips untuk atasi rambut bercabang kan..so, hari ini aku nak bagi tips bagaimana cara untuk melebatkan rambut plak..Pada korang Yang selalu keguguran rambut,Boleh la try Petua ni ok...

Cara 1

  • Korang amik 10 helai daun bunga raya,bersihkan dan ramas hingga keluar lendir
  • Kemudian korang campurkan lendir daun tuh dengan sebiji telur ayam kampung & satu sudu madu
  • Gaul semua bahan tadi & sapukan pada seluruh rambut.Kemudian tutup kepala dalam tempoh 15minit sebelum dicuci.

Cara 2

  • Sediakan beberapa biji buah keras dan bunga cengkih.Sangai (Goreng tanpa minyak).
  • Tumbuk halus kedua bahan tadi dan campurkan dengan minyak kelapa.
  • Sapukan pada rambut hingga kulit kepala dan biarkan hingga kering senelum dibilas..

~Selamat Mencuba~



Atasi Rambut Bercabang


Hye readers...hari ini aku nak bagi tips kat korang tentang penjagaan rambut..


Korang mesti nak rambut korang sihat dan xbercabang  kan...
Jom ikut petua kat bawah ni...Tips ni korang boleh buat sendiri,xpayah nak pergi salon dan buang duit oke..

Cara 1
  • Korang hanya perlu sediakan beberapa helai daun pinang
  • Then korang campurkan daun pinang dengan sedikit air dan garam
  • Semua bahan tadi korang perlu ramaskan ok..
  • Then,korang sapukan bahan tadi pada rambut dan tunggu selama 30minit kemudian korang bilas dengan air...Senang kan....
~Selamat Mencuba~